Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

SLOGAN 1MALAYSIA


I made this widget at MyFlashFetish.com.

11/13/2011

Kedai 1 Malaysia : Harga Barang & Kualiti Produk di Kedai 1 Malaysia Dikritik Pembangkang!!

kedai rakyat 1 malaysia 2 Kedai 1 Malaysia : Harga Barang & Kualiti Produk di Kedai 1 Malaysia Dikritik Pembangkang!!
Baru-baru ini pembangkang telah menegur tentang barang-barang yang dijual di Kedai 1 Malaysia lebih mahal jika dibandingkan dengan harga barang di pusat membeli belah yang lain.  Kami kurang bersetuju dengan cara pembangkang menonjolkan isu ini Kedai 1 Malaysia.
Pembangkang daripada mana-mana negara atau negeri di Malaysia sekalipun, kerja dan tugasnya adalah membangkang dan memperbetulkan rangka kerja yang dibuat oleh kerajaan. Tetapi cara “membangkang” yang bagamana? Apa isu yang dipilih pembangkang?
kedai rakyat 1 malaysia 31 Kedai 1 Malaysia : Harga Barang & Kualiti Produk di Kedai 1 Malaysia Dikritik Pembangkang!!
Isu yang diketengahkan oleh pembangkang kali ini adalah persoalan disebalik harga barang yang ditawarkan di Kedai 1 Malaysia. Contohnya :
  • Sos Tiram dari Kedai 1 Malaysia dikaji di mana tiada unsur tiram & protein terlalu rendah
  • Selain sos tiram, lapan produk yang didedahkan pembangkang ialah jem nenas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, minyak sapi, sardin, dan kari ayam. Katanya, kesemua produk ini telah melanggar klausa 13, 13B, 14, 15 dan 16 menurut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985
  • Harga barang-barang di Kedai 1 Malaysia mahal dari pasaraya yang lain
1) Pembangkang ini pun, kalau nak membangkang pilihlah isu yang bersesuaian.
  • Dalam kes ini, jangan hanya fokus kepada produk-produk yang ada di Kedai 1 Malaysia sahaja. Berlambak lagi produk yang sepatutnya mereka buat kajian, jika mereka betul-betul konsisten apabila melibatkan pelanggaran akta makanan. Kenapa mereka tak nak bangkitkan produk-produk makanan dari China?
  • Pembangkang buatlah kajian secara menyeluruh, banyak lagi pasaraya besar yang murah juga harganya seperti UO, Econsave. Ada buat perbandingan? Cukupkah hanya buat 5,6, 7 perbandingan, kemudian dah buat dapat satu kesimpulan secara keseluruhannya?
kedai rakyat 1 malaysia 4 Kedai 1 Malaysia : Harga Barang & Kualiti Produk di Kedai 1 Malaysia Dikritik Pembangkang!!
2) Konsep Kedai 1 Malaysia : Setakat ini agak baik, untuk menyelaras harga barang di Malaysia.
  • Sekurang-kurang ada ikhtiar daripada kerajaan yang kami fikir agak sesuai dan relevan serta boleh diterima pakai bagi membantu menyelaraskan harga barang di Malaysia.
  • Kebanyakan peniaga biasanya kalau bekalan barang yang diperolehi mereka mula naik harga, mereka pun naik harga. Betullah kan? Itu sahaja pilihan yang mereka ada. Tetapi…..apabila harga bagi bekalan barang yang diperolehi mula berada pada kedudukan yang stabil, ada mereka nak turunkan harga semula? Mungkin ada sebahagian kecil yang berbuat begitu. Tetapi, “bertuahlah” jika ramai yang mengikut untuk menurunkan haraganya semula.
  • Nak paksa mereka? Tak semudah yang disangka. Kalau ada Kedai 1Malaysia sekurang-kurangnya memberikan “tekanan” yang berterusan kepada peniaga yang degil untuk menurunkan harga barang di premis mereka contohnya
3) Janganlah harapkan kualiti setanding dengan dengan produk-produk di luar sana
  • Contoh paling mudah, kalau anda pergi ke pasar malam kenapa ada yang jual mahal dan ada yang jual mahal? Sebabnya isi dalamnya itu sendiri yang membezakan harga dan juga mungkin penjual itu sendiri agak terkenal. Mungkin.
  • Jadi sama juga dengan konsep kedai 1 Malaysia, harga boleh diletakkan pada kadar yang munasabah tetapi kualiti janganlah diharapkan sangat
  • Yang penting bagi kami rakyat ada pilihan, pilihan dan pilihan
  • Jika mahal, jangan beli. Jika tiada kualiti, jangan beli. Pandai-pandailah buat pilihan.
4) Berikan Kedai 1 Malaysia ini peluang untuk membuat penawaran kepada pelanggan mereka
  • Mereka baru lagi berikan mereka peluang. Baru setahun jagung.
  • Sekarang ada pertikaian dengan kualiti yang ada. Mungkin selepas 2 atau 3 tahun Kedai 1 Malaysia pun mendapat sambutan, ada kemungkinan kualiti barang pun diambil kira.
  • Yang penting di sini, dalam pasaran sekarang ada banyak pilihan untuk produk-produk yang ada baik Kedai 1 Malaysia mahupun kedai dan pasaraya yang lain yang ada sekarang ini.
kedai rakyat 1 malaysia1 Kedai 1 Malaysia : Harga Barang & Kualiti Produk di Kedai 1 Malaysia Dikritik Pembangkang!!
5) Banyak lagi pasaraya yang boleh dibuat perbandingan dengan Kedai 1 Malaysia
  • Kalau nak dibuat perbandingan dengan rangkaian pasaraya seperti Carrefour, Giant, Tesco dan lain-lain lagi, mereka ini bilion company. Banyak cawangan di seluruh dunia
  • Jadi tidak mustahil mereka sering buat promosi lebih dan dapat menurunkan harga. Itupun apabila buat promosi pun, hanya untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja. Kemudian promosi pun bukannya kepada semua produk, tetapi hanya sesetengah produk dan barang sahaja
  • Lagipun apa yang kami perhatikan dekat 3 pasaraya tersebut, setiap pasaraya ada benda yang murah, ada benda yang mahal sikit. Akhirnya pusing-pusing balik sama sahaja.
  • Sama juga dengan kedai 1 Malaysia sekarang ini
Cadangan untuk Kedai 1 Malaysia
  • Kami harapkan Kedai 1 Malaysia memilih niche dan strategi yang betul untuk buat penawaran produk kepada pengguna di Kedai 1 Malaysia. Contohnya produk yang ada jenama dijual di Kedai 1 Malaysia.
  • Untuk permulaan ini janganlah meletakkan produk dan barang barang yang harganya tinggi dari pasaran. Janganlah dicampuraduk untuk dijual di kedai 1 Malaysia
Isu mudah sahaja, apabila monopoli semakin dikurangkan kerana :
  • Pilihan semakin bertambah
  • Kalau nak beli harga munasaabah dan dalam pada masa yang sama kualiti dikurangkan, silakan berbelanja
  • Kalau nak beli harga sedikit mahal dan dalam pada masa yang sama ada kualiti, silakan berbelanja
  • Rakyat Malaysia ada wang untuk dibelanjakan dalam pada masa yang sama pilihan banyak di depan mata
  • “Perang harga barang” berlaku
  • Akhirnya gunakan kuasa kita sebagai pembeli
Kami harapkan pembangkang buat sedikit kajian yang lebih terperinci di mana, apa kesan harga barang di Carrefour selepas adanya Kedai 1 Malaysia.
  • Adakah harga barang menjadi semakin mahal? ataupun….
  • Adakah harga menjadi semakin murah? ataupun
  • Harganya sama sahaja?
P/S : Walaubagaimanapun, kami ingin minta pendapat dan pengalaman anda sendiri yang pernah pergi ke Kedai 1 Malaysia dan pasaraya yang lain, harap boleh kongsikan perbandingan harga, kualiti, senarai barang yang ada. Sekurangnya-kurangnya membantu rakan-rakan yang lain utnuk buat pilihan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Lagu pilihan hari ini