BIASA
kita dengar tentang kopi “tahi musang” yang begitu mahal harganya.
Namun berbeza kali ini apabila seorang lelaki di China cuba memecahkan
rekod harga teh termahal di dunia yang diperbuat dari tahi Beruang
Panda.
Pensyarah
salah sebuah kolej itu, An Yanshi telah mengumpulkan lima tan tinja
Beruang Panda untuk mencipta sejenis teh yang baru.
Dia
yakin bahawa tinja tersebut yang memiliki aroma unik mampu membuatkan
teh ciptaannya nanti menjadi kegemaran mereka-mereka yang bercita rasa
tinggi dan membolehkan ia dijual sehingga £50,000 (RM252,432)
sekilogram.
Yanshi
menjelaskan “Beruang Panda memiliki sistem pencernaan yang kurang cekap
dan ia hanya menyerap sekitar 30 peratus sebarang zat makanan yang
dimakan. Ini bermakna, tinja haiwan ini kaya dengan serat dan nutrient”
“Ia memiliki aroma yang matang, kepedasan serta tersendiri semasa melalui proses penapaian.”
Yanshi
yang mengumpulkan tahi beruang menggunakan lori dari pusat ternakan
Panda gergasi di Chengdu, daerah Sinchuan Selatan China mensasarkan
untuk memegang Guinness World Record sebaik sahaja pusingan pertama
tehnya sedia untuk dijual.
Kopi
paling mahal di dunia setakat ini dibuat daripada bijian kopi yang
dimakan, disepara cernakan serta dikeluarkan semula oleh sejenis musang
Indonesia.
Kopi Luwak, atau “Civet Coffee” dijual sehingga £100 (RM504.80) untuk setiap 0.45kg di United Kingdom.
No comments:
Post a Comment